PALUAN TABLA

http://www.kosmo.com.my

Jika anda mengetuk sidda atau dagga buat kali pertama tanpa sebarang latihan, anda pasti gagal memperoleh sebarang bunyi daripada kedua-dua alat muzik tersebut.


JARI-JEMARI tangan kanannya ligat mengetuk sebuah gendang kayu kecil yang dikenali sebagai sidda manakala jari telunjuk, jari tengah dan jari manis tangan kiri pula pantas memukul gendang besar besi yang dipanggil dagga yang diletakkan tegak di atas lantai di hadapannya. Kedua-duanya dipalu secara serentak.

Kepala anak muda itu pula digoyangkan ke kiri dan ke kanan berkali-kali secara spontan mengikut alunan irama merdu tabla yang terhasil melalui paluan gendang tradisional yang begitu popular dalam kalangan masyarakat India.

Gendang yang dipalu dengan penuh bersemangat berlarutan selama 10 minit. Namun persembahan itu berjaya membuktikan profesionalisme dan bakat jejaka tersebut.

Walaupun paluan tabla pemain muda itu belum setanding dengan legenda tabla seperti Zakir Hussain, Usman Khan dan Alla Khan, namun irama gendang komposisi jejaka itu masih kedengaran unik dan menghiburkan halwa telinga mana-mana penggemar muzik.

Manoj Kumar Selva Kumar, 21, sedang asyik memalu tabla bersama dua sahabat karibnya, Madan Gopal, 19, dan Mahaganesh, 34, dalam sebuah bilik berhawa dingin. Bilik itu ialah kelas untuk belajar bermain tabla yang terletak di Temple of Fine Arts, Bricfields, Kuala Lumpur.

Sejurus selesai latihan untuk hari itu, jejaka yang lebih mesra dengan panggilan Manoj menghampiri wartawan dan jurugambar Kosmo!. Sambil mengukir senyuman manis, dia bertanya, “Bagaimana persembahan kami, baguskah?”

PRAKASH (kanan) bersama anak-anak muridnya iaitu dari kiri, Manoj Kumar, Mahaganesh dan Madan berlatih bermain tabla selama dua jam setiap hujung minggu.


Dengan nada sopan, Manoj membuka bicara. Katanya, kemerduan irama gendang satu muka yang popular dalam kalangan masyarakat India itu terletak pada seni mengetuk tabla yang betul, tepat dan serentak.

“Jika anda mengetuk sidda (gendang kayu kecil) atau dagga (gendang besi besar) buat kali pertama tanpa sebarang latihan, anda pasti gagal memperoleh sebarang bunyi daripada kedua-dua alat muzik itu.

“Itulah keistimewaan tabla, berbanding dengan alat muzik tradisional lain. Sungguhpun jari-jemari seseorang lembut tetapi tanpa latihan, mereka tidak akan dapat bermain tabla dengan perasaan seronok,” kata jejaka yang merupakan anak murid Prakash Kandasamy, antara pemain tabla popular di negara ini.

Manoj memberitahu, setiap hari selepas segala urusan kolej selesai, dia akan meluangkan masa selama satu hingga dua jam untuk berlatih memalu tabla di rumah atau kadangkala bersama rakan-rakan.

Memandangkan Manoj sedang mengikuti kursus Teknologi Maklumat di Kolej Taylor, Damansara, maka dia hanya berpeluang mengikuti kelas tabla pada hujung minggu. Di kelas itu, dia akan belajar tentang jenis-jenis paluan yang baru dan berlatih bersama gurunya.

“Sekiranya seseorang ingin mempelajari tabla sebagai hobi mahupun menjadikannya sebagai elemen yang merelakskan minda, mereka perlu bersedia dalam banyak aspek.

“Ini kerana mereka yang mempelajari tabla sebagai hobi kadangkala langsung tidak memiliki keghairahan untuk belajar. Kemungkinan besar mereka akan berhenti separuh jalan,” jelas anak bongsu daripada dua orang adik-beradik itu.

Katanya, mempelajari tabla bukan untuk keseronokan semata-mata, sebaliknya keghairahan untuk tujuan itu perlu berputik dengan ikhlas.

Manoj mengakui, perkembangan industri muzik hari ini lebih menjurus kepada rentak muzik barat seperti hip pop, rock dan jazz sehinggakan generasi muda terlupa pada peralatan muzik tradisional.

Sebagai tanda menghargai seni warisan budaya dan ingin mewarisi tamadun muzik klasik India, ibu bapanya telah menghantar Manoj mengikuti kelas tabla ketika berusia 12 tahun.

BARISAN pemain tabla legenda yang menjadi inspirasi kepada K. Prakash dan anak muridnya.

“Bermain tabla secara konsisten membantu menenangkan fikiran, memberi keamanan pada jiwa dan menguatkan otot tangan.

“Badan juga terasa cergas setelah selesai latihan selama dua jam. Sebenarnya, posisi duduk secara tegak ketika membuat persembahan bagus untuk tulang belakang pemainnya,” ujar Manoj yang baru pulang dari Pune, India setelah membuat persembahan tabla sempena Hari Peringatan Mahmod Khan Saheb pada Januari lalu bersama gurunya.

Sementara itu, Madan Gopal yang mengikuti kelas tabla sejak sedekad yang lalu berkata, dia bangga digelar pemain tabla dan bersyukur kerana dapat mewarisi kemahiran bermain alat muzik tradisional yang menjadi lambang tradisi dan budaya masyarakat India.

Walaupun alat-alat muzik kontemporari berlambak di pasaran muzik, namun jiwanya tidak pernah tertarik dengan instrumen tersebut.

“Sejak kecil, saya suka mendengar irama merdu tabla dan cuba memalu untuk menghasilkan rentak muzik yang sinonim dengan menggunakan benda-benda yang terdapat di sekeliling saya.

“Minat yang mendalam itu akhirnya mendorong saya untuk mengikuti kelas tabla sejak di bangku sekolah,” katanya.

Madan memberitahu, kemerduan bunyi yang terpercik keluar sejurus mengetuk alat tersebut sukar digambarkan dengan susunan patah perkataan.

Bercita-cita menjadi seorang pakar perubatan apabila dewasa kelak, Madan mengakui latihan secara konsisten selama dua jam setiap hari membantunya memahami alat muzik tersebut.

“Jika anda tidak berlatih selama dua hari sahaja, jari-jemari anda akan ‘keras’ dan kesannya anda sukar mengetuk tabla, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan rentak yang betul dan tepat,” katanya.

INFO

- Tabla ialah gendang satu muka. Badannya dibuat daripada kayu. Permukaan atasnya ditampal dengan kulit kambing untuk mengubah bunyi dan menghasilkan irama indah.

- Kedua-dua jenis gendang diperbuat daripada kayu jati dan rosewood serta jackwood. Pembuatnya perlu memastikan tiada sebarang kecacatan pada kayu tersebut.

- Kayu-kayu ringan digunakan untuk membuat tabla. Keringanan kayu menentukan penghasilan bunyi yang baik manakala jika berat, ia akan menghasilkan bunyi yang kasar.

- Dagga (gendang besar) juga diperbuat daripada besi dan disaluti tembaga dan aluminium.

- Setiap tabla dijual pada harga RM400 hingga RM500 dan boleh didapati di bahagian utara India.

- Sejenis tukul besi digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan tali kulit haiwan yang diikat di bahagian luar tabla. Dengan ini, perubahan nada dan rentak boleh dilakukan.

Anak murid Usman Khan

SEJENIS tukul besi digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan tabla untuk perubahan rentak.


SEBAGAI alat permainan muzik tradisi masyarakat India, tabla seringkali dimainkan bersama vinai, sitar, mridanga, gadam dan beberapa peralatan lain bagi mengiringi upacara keagamaan, persembahan barathanatyam, perkahwinan dan sebagainya.

Alat muzik itu termasuk dalam kategori keluarga gendang yang mempunyai bingkai kayu dan permukaannya pula ditutup dengan belulang pada satu bukaan. Ia dimainkan dalam keadaan pemainnya duduk dan memalunya menggunakan tangan.

Setiap bangsa seperti Cina dan Melayu juga mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.

Ada gendang digunakan khusus untuk bersilat, majlis tari menari dan menyambut perayaan atau pertabalan diraja dalam masyarakat Melayu.

Begitu juga dengan tabla yang masih kekal sehingga hari ini dan digunakan dalam adat istiadat keagamaan, perkahwinan dan upacara tari menari kaum India.

Di sebalik transformasi menuju ke era dunia moden dengan masing-masing berlumba-lumba untuk berada di hadapan, masih ada lagi insan yang berjiwa halus bangkit mempertahankan warisan seni tersebut.

Kunjungan Kosmo! ke Temple of Fine Arts iaitu sebuah pusat kesenian halus yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur telah mempertemukan dengan seorang pemain tabla yang mahir mengendalikan alat muzik tradisional itu.

Berasal dari utara India, Prakash Kandasamy, 36, mula berkecimpung dalam seni muzik tradisional India iaitu tabla seawal usia 17 tahun.

Menurutnya, kemahiran bermain tabla tidak diwaris daripada keluarga.

“Minat dan keghairahan terhadap tabla datang secara tidak sengaja walaupun ketika itu saya aktif dalam tarian baratanatyam.

“Pelawaan membuat persembahan di pentas bersama pemain tabla terkenal dan terhebat di India, Usman Khan memberi saya peluang sekali gus mengubah kehidupan saya.

“Bakat yang tinggi, kegigihan dan keghairahan itulah membuatkan Usman Khan menjadikan saya sebagai muridnya dengan menawarkan peluang mempelajari kemahiran tabla selama empat tahun di Pune, India,” katanya yang turut memperoleh ilmu itu daripada Alla Rakha.

Sepanjang menetap selama empat tahun di India, Prakash sempat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris.

Mengulas keunikan bermain tabla, Prakash berkata, irama daripada paluan tabla terhasil daripada cantuman jiwa dan mental pemain.

“Ini membuatkan rentak muziknya indah menusuk ke halwa telinga,” ujarnya.

Menyorot kejayaannya, Prakash pernah memenangi Anugerah Piala Seri Endon bagi kategori Seni Persembahan.

Lelaki yang turut menjadi pengajar tabla di Akademi Seni Persembahan (Aswara) itu memberitahu, generasi muda India kini semakin sedar dan menghargai warisan seni muzik dan budaya.

“Ini jelas kelihatan apabila kebanyakan daripada murid-murid saya terdiri daripada golongan remaja yang ghairah mempelajari alat muzik tradisional itu.

“Ada yang sanggup mengorbankan aktiviti hiburan mereka pada hujung minggu semata-mata mahu menghadiri kelas tabla dan membuat latihan bersama saya,” ujarnya yang turut mengajar tabla kepada enam remaja Melayu di Aswara.

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
[email protected]



32 Responses to “PALUAN TABLA”

  1. http://www.airjordan-sale.com/air-jordan-2010-c-24.html Air Jordan 2010
    http://www.airjordan-sale.com/michael-jordan-shoes-c-25.html Michael Jordan Shoes
    http://www.airjordan-sale.com/air-jordan-1-c-1.html Air Jordan 1

  2. http://www.airjordan-sale.com/air-jordan-10-c-10.html Air Jordan 10
    http://www.airjordan-sale.com/air-jordan-11-c-11.html Air Jordan 11
    http://www.airjordan-sale.com/air-jordan-12-c-12.html Air Jordan 12

  3. your post are very interesting

    it is also helpful for me

    thanks for sharing

    look forward more posts

  4. I have been reading your posts during my afternoon break, and I must admit the whole article has been very useful and very well written. I thought I would let you know that for some reason this blog does not display well in Internet Explorer 8. I wish Microsoft would stop changing their software. I have a question for you. Do you mind exchanging blog roll links? That would be really cool!
    传奇私服

  5. A very good post and certainly these are points really useful.
    thank you. Your blog are useful.

  6. It is my horour to see your blog .I think it is vury goog,That let me learn a lot about haow to become a sucessful business,and I will tell my friend to reading it, What DO you think ?and here I want to tell you ,If you want to make you food feel more better,you can buy a new shoes.

  7. This website is awesome. I constantly come across something new & different right here. Thank you for that data.

  8. From you bolg I learn a lot. It is my horour to see your blog, I am agree with you, I think it is very successful, I am a just graduate from school,I very happy can see you blog,I Think it can make us more want to study, and I will call my friends to see it. DO you want to I do that, If you can, Iwill thanks you very much.

  9. Very interesting post. Thanks again.. Please Keep it Up!!

  10. I am really excited to get comments from your blog, Thank you so much. I’ll be interested to hear how things go in your future posts, Can you tell me? Leave words come to wigan and some point drop drops embellish, My heart without much affection, To a host heavy gold holy. If you want to buy, Please come hereCheap Jordans

  11. Wonderful post. It is really not difficult to study your blog. The information of your site is strictly wonderful, and your blog structure is Simple nice.
    christian louboutin

  12. Greetings from a keen reader. Now, there have been many writings which I have pondered over today however not one of them compares to this.

  13. Hello…Thanks for the link. I have subscribed to your blog because of all the fantastic resources.If you do not care I will more happy.I really like your articles,But I would not write,Take your article to my friend.They are happy too.Thank you very much.Best wish to you.Thank you, Wherever you are in each smile of my blessing, deeply bless you, my friends.
    If you want to buy, Please come hereCheap Jordans

  14. I want to say very thank you for this great informations. now i understand about it. Thank you !

  15. It is my horour to see your blog .I think it is vury goog,That let me learn a lot about haow to become a sucessful business,and I will tell my friend to reading it, What DO you think ?and here I want to tell you ,If you want to make you food feel more better,you can buy a new shoes.

  16. Many thanks to the person who made this post, this was very informative for me. Please continue this awesome work. Sincerely…

  17. It is so lucky to read your blog,it is full of useful message.I wish we both can do better in the future.It great honour if you can visit our website,and give us some suggession.

  18. It’s good to see this information in your post, i was looking the same but there was not any proper resource, thanx now i have the link which i was looking for my research.

  19. What a fun pattern! It’s great to hear from you and see what you’ve sent up to. All of the projects look great! You make it so simple to this.Thanks!

  20. There is a saying, This call polish, There are ten other word said, This is professor of knowledge, There is a saying, This call careful lawyer, Say a diplomat is left,This is rigorous, There are ten other said a politician, This call pedigree, There is a saying that monk mystery.

  21. The morning is a good start, The night is worrying over, Sunny day brings you all happy, Rainy days you all sad, shower, No matter whether the morning rain at night, Happiness always sunny, with you!

  22. Thanks for the fantastic blog post and it is nice to see such a postive blog that offers so much value so thank you for that. Awesome and interesting article. Great things you’ve always shared with us. Thanks again.

  23. Thanks a lot for enjoying this beauty article with me. I am apreciating it very much! Looking forward to another great article. Good luck to the author! all the best!

  24. I am glad to post my views and points in this blog, Blogs are becoming the main source of knowing about things certainty,its importance,idolizing,either in a marketing way that one can differentiate. I enjoyed to be at here because one of my point has been cleared here.

  25. Excellent internet site, the place did you arrive up with all the information on this piece of writing? I’m happy I observed it although, I’ll be checking again quickly to find out what other posts you could have.

  26. Be to like a candle, in limited life have hotness send a spectrophotometer,Give a person with light,Ggive a person with warmth. I am a Nike Air Max 24 7 lover.

  27. A lot much better you knowledge, the additional you understand, First-class you at the moment know, higher you forget about. Considerably more you neglect, the substantially less you presently know. So why make an operate to find out.

  28. Hello!!It is my horour to see you blog.Iam agree with you,Ithink friendship is very important,so we must have a lot friend,History repeated proof: friend, health than leadership than performance than IQ, eq, holiday greetings than usual, as an important than. Space than the ground is good, to visit friends, no tickets. If you want to buy a shoes, Please come here Nike Air Max 90
    Nike Air Max 90
    Ugg Classic Tall

  29. Do youve got a spam problem on this internet site; I also am a blogger, and I was wondering your scenario; weve created some nice approaches and were searching to exchange options with other individuals, be positive to blast me an e-mail if interested.

  30. Good Stuff, do you have a facebook profile?

  31. It’s a shame you don’t have a donate button! I’d most certainly donate to this excellent blog! I suppose for now i’ll settle for bookmarking and adding your RSS feed to my Google account. I look forward to brand new updates and will talk about this website with my Facebook group. Chat soon!

Leave a Reply