WAYANG KULIT DI MALAYSIA

4.1 Pengenalan

Seni ini masyhur 1,000 tahun dahulu di kawasan negara Timur Tengah dan juga Asia Tenggara. Di Malaysia terdapat beberapa jenis wayang kulit. Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati. Kemudiannya wayang kulit jenis ini mendapat perhatian ramai di Terengganu.

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa. Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.

4.2 Alat Muzik

Persembahan wayang kulit diiringi oleh alat muzik Serunai, Gendang (ibu dan anak), Gedombak (ibu dan anak), Geduk (ibu dan anak) kesi, canang dan gong.

4.3 Persembahan Wayang Kulit

Tok Dalang merupakan orang terpenting dalam persembahan wayang kulit. Ia mengambil tempat duduk di belakang tabir pentas. Beliau akan menggerakkan patung-patung watak dan memberi suara dengan corak suara berbeza mengikut watak-watak yang dimainkan. Tok Dalang dibantu oleh Tukang Unjuk yang menyediakan patung-patung watak berdasarkan jalan cerita yang hendak disampaikan oleh Tok Dalang. Kayu Kasah ialah sejenis alat muzik yang digunakan untuk menghasilkan kesan bunyi semasa adegan pergaduhan.

Patung-patung dicucuk di atas batang pisang. Bayang watak akan terhasil daripada cahaya daripada pelita minyak kelapa atau mentol elektrik
.
Cerita wayang kulit biasanya mengambil masa yang panjang. Pada zaman dahulu ada kalanya satu cerita dihabiskan dalam masa 7 malam. Persembahan hari ini diringkaskan sehingga 1 atau 2 jam sahaja.

Sebelum persembahan bermula, Tok Dalang akan membuat upacara ritual. Kemudian upacara membuka pentas pun dimulakan bertujuan memperkenalkan kumpulan wayang kulit dan watak-watak yang akan memainkan cerita yang hendak dipersembahkan.

4.4 Membuat Patung Watak Wayang Kulit

Watak asas wayang kulit dibuat daripada belulang lembu. Terlebih dahulu belulang direndam dalam air sebelum diregang supaya kulitnya rata. Watak dilukis terlebih dahulu kemudian ia dipahat supaya lubang-lubang terbentuk untuk menghasilkan corak bayang di atas kelir (skrin) kelak.

Patung belulang kemudian dikepit pada tetulang yang daripada buluh atau kayu, Bahagian atasnya dikepit menggunakan rotan yang dibelah. Tali tangsi digunakan untuk mengikat tetulang pada belulang.

Warna khusus menunjukkan watak tertentu. Hitam untuk watak lucu seperti Pak Dogol dan Wak Long, merah untuk watak bengis dan jahat. Warna hijau bagi pahlawan yang mulia (Sri Rama). Kuning untuk watak puteri.

Rujukan : Mastor Jarkaseh(2007), ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1, Tabuh Emas Productions, Teluk Intan



11 Responses to “WAYANG KULIT DI MALAYSIA”

  1. Memang sudah banyak sekali kebudayaan kita yg diadopsi oleh negara lain. hal ini mulai mencuat dari Reok Ponorogo. sekarang lagu Bengawan Solo jg. bagaimana bangsa kita mau madiri di mata dunia, segala sesuatu pasti ada yg mengakuinya. salah satucara yg saya anjurkan adalah mempatenkan hak cipta dan hak guna dari kebudayaan2 yg ada di Indonesia. jangan tertarik emosi, kita data kebudayaan yg ada dari Sabang sampai Marauke, kemudian dipatenkan. Hidup Indonesia!!!

  2. I was incredibly pleased to twig this web-site.I desired to by explanation of you while in the interest of this famed presume from!! I after enjoying just about every little trace of it and I have you bookmarked to appear into out of order current important things you article.Our Ob Sneakers store offers you all kinds of shoes like Air Max TN and Nike Shox NZ with high quality and competitive price.

  3. I found this site under my bookmarks, probably bookmarked it my wife. Do you have a rss or something like this? I want to add you to my rss reader, becous liked this article especially your way how to explain this.

  4. The secret of being miserable is to have leisure to bother about whether you are happy or not.Post by nike shox onine

  5. Just want to say your article is striking. The clearness in your post is simply spectacular and i can take for granted you are an expert on this field. Well with your permission allow me to grab your rss feed to keep up to date with forthcoming post.

  6. I want to say very thank you for this great informations. now i understand about it. Thank you !

  7. It’s really great post. I would like to appreciate your work and would like to tell to my friends.
    tiffany jewellery

  8. Hello!!It is my horour to see you blog.Iam agree with you,Ithink friendship is very important,so we must have a lot friend,History repeated proof: friend, health than leadership than performance than IQ, eq, holiday greetings than usual, as an important than. Space than the ground is good, to visit friends, no tickets. If you want to buy a shoes, Please come here Nike Air Max 90
    Nike Air Max 90
    Ugg Classic Tall

  9. Living without an aim is like sailing without a compass. Alexander Dumas (Davy de La Pailleterie, French Writer).
    how to play the piano

  10. Bodagz,
    Buta sejarah Nusantara menyebabkan Indonesia sering klim bahawa hak di ambil. Antara contoh-contohnya:

    1. Batik Malaysia
    Merupakan produk negeri Kelantan dan Trengganu yang juga wujud di Patani di Thailand. Batik bermulai di Kelantan sejak 1910.

    2. Wayang Kulit. Malaysia Seperti di tulis di atas ada bermacam-macam tetapi bukan semua dari Indonenia. Yang sama dengan Jawa itu pasti di Johor yang di pratis oleh Jawa2 Malaysia.
    3. Reok Ponorogo. Ini juga di praktis oleh komunitas Jawa Malaysia.
    * Tanpa merujuk pada sejarah Melayu Malaysia yang lebih 50 persen asalnya Indonesia dan memahaminya, tuduhan maling budaya tetap abadi dlm minda bangsa Indonesia

  11. http://www.facebook.com/groups/perhimpunanmelayu?ap=1

Trackbacks/Pingbacks

  1. Cultural imprint | replica handbags

Leave a Reply