KLASIFIKASI ALAT MUZIK

Pengenalan

Beberapa jenis klasifikasi telah digunakan bagi mengkelaskan alat-alat muzik berdasarkan ciri-ciri tertentu. Dalam tamadun China purba, semua alat muzik dapat diklasifikasikan mengikut bahan utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut. Antara bahan tersebut ialah logam, batu, tanah, belulang, sutera, labu, buluh dan kayu.Tamadun India purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut klasifikasi gong / simbal, gendang, alat bertali dan alat yang ditiup. .

Klasifikasi Orkestra Barat

Digunakan khusus bagi alat muzik orkestra barat. Terdapat 4 klasifikasi alat iaitu percussions, strings, brass dan woodwind.

Percussions / perkusi ialah alat muzik yang dimainkan secara pukulan, paluan, ketukan atau goncangan. Antara alat muzik ini termasuklah timpani, pelbagai jenis dram, simbal, kerincing, tamborin dan lain-lain. Alat muzik berpic pula termasuklah zailofon, metalofon, glokenspil dan bellyre.

Strings / alat muzik bertali digunakan untuk mengklasifikasikan semua jenis alat muzik bertali iaitu violin, viola, violoncello, double bass, harps dan lain-lain.

Brass ialah klasifikasi alat tiupan yang dibuat daripada logam. Contoh brass ialah trumpet, trombon, french horn, tuba dan sausafon.

Woodwind ialah alat muzik tiupan yang pada masa hahulunya dibuat dari bahan kayu. Kebanyakan alat ini menggunakan reed bagi menhasilkan bunyi. Reed dibuat daripada buluh yang diraut nipis. Antara alat muzik woodwind ialah klarinet, saksofon, flut, pikolo, oboe dan basun. Hari ini adalh juga alat muzik woodwind yang dibuat daripada logam, plastik dan bahan gentian kaca.

Klasifikasi Sachs – Hornbostel

Klasifikasi ini dipekenalkan oleh Curts Sachs dan Eric Von Hornbostel pada 1914. Ia bertujuan mengklasifikasi pelbagai alat muzik etnik dari seluruh dunia yang tidak termasuk dalam klafikasi alat muzik orkestra barat.

Sachs-Hornbostel mengklasifikasikan alat muzik berdasarkan lkasifikasi yang terdapat dalam kitab catatan India puba Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.

Alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung termasuk dalam klasifikasi idiofon. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklemlong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain..

Alat muzik yang ditiup termasuk dalam klasifikasi erofon. Contoh alat ialah serunai dan bangsi (caklempong), sakuhachi (Jepun), nafiri (Nobat) dan lain-lain.

Kordafon ialah klasifikasi bagi alat muzik bertali, contohnya gambus, uds, koto, shamishen, sitar dan sharinggi.

Membranofon mengambil nama dari perkataan membran (kulit) pula ialah klasifikasi untuk alat muzik dari kulit yang diregang. Antaranya ialah gendang, kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak.

Rujukan : Mastor Jarkaseh(2007), ASAS PENDIDIKAN MUZIK 1, Tabuh Emas Productions, Teluk Intan



2 Responses to “KLASIFIKASI ALAT MUZIK”

  1. I want to say very thank you for this great informations. now i understand about it. Thank you !

  2. wah menarik sekali informasinya terimakasih jika butuh drumband bisa menghubungi kami…mari lestarikan alat musik

Leave a Reply